Menghitung Waktu

Alhamdulillah, masa berjalan dengan begitu pantas sekali. rasanya baru je dpt tahu aku preggy. aku pon dah 5bln bekerja semula. baby pon x lama lagi nak melihat dunia jumpa dengan mama papa kakak & abang debab. EDD aku 17 April 2016, tp aku dapat rasa bb April akn keluar awal April 2016. kenapa??? entah lah, naluri aku kuat kata begitu sbb kalau boleh nak la bb Mac 2016 yg keluar kan. sama tarikh dengan birthday mama. ehhehehehehee…sepanjang masuk 2nd trimester ni, aku x dek masalah dgn kandungan. darah, gula n bb sihat walafiat. aku x mkn pon abimin yg klinik tu. aku prefer SHAKLEE. aku amik ESP, VITALEA, OSTEMATRIK & ASID FOLIC. tp tu laaaaaaa, aku ni culas makan ubat sebenarnya. skg aku dh nak masuk 7bln, dh sebulan aku x consume sume tu. mana x nya, sekali mkn pil2 tu smp 6 biji. mau x termuntah. tp aku respect la ESP sbb sepanjang aku bekerja ni, pagi time kerja mmg x LAPAR sbb aku minum ESP lps solat subuh. bertahan la perut aku smp kul 9pagi. lps tu mmg aku cai mkn la sbb lapar giler n elakkan muntah2 sebab perut kosong.

ALAHAN…

tiba2 je 2nd trmester ni aku ada alahan terbaru n paling rare kot pnh aku alami. kaki aku naik gatal2, dr putih mulus & x berparut sekarang dh mcm parut kudis buta pon ada. aku rujuk ke Klinik Imani Indera Mahkota, dr cun tu kata bukan disebabkan kulat. tp disebabkan alahan kerana berpeluh. memang x cantik dh kaki aku. dr bagi krim sapu utk hilangkan gatal2. lps pakai mmg hilang 2 hari gatal2 tu, tp bila kea air mcm melekit2 je, nak plak kalo aku bangun tgh mlm pergi toilet. so, akhirnya aku redha n pasrah je la gatal2 tu. dengan harapan nnt masa berpantang akn hilangkan semua kekalutan parut2 tu.

4D Scan Klinik Imani at 23 weeks…

pagi tu aku 1st patient ok. doktor x dtg lg aku dh tercongok kt klinik. punye la excited sbb nak tgk perkembangan tubuh bdn bb & yg penting aku nak tahu jantina. 1st session aku 30 minutes, pastu keluar jap bagi patient lain, then aku masuk semula. 1st session tgk muka completed, sume kaki tgn perut, kepala, Alhamdulillah completed 5 jari ok dr siap kira. dia tdo peluk tgn. jantung pon comel, air ketuban pon mencukupi. 2nd session, kite TERJAH mencari BUNGA atau KUMBANG. Haaaaa….nampak dh sikit, terjojol terjuntai pastu terus dia kepit kaki x bagi tgk. dr pujuk2 kaco goyang2 pon dia buat x tau je. x pe la bb, dr suh dtg lg masa 30weeks utk tgk jantina. Alhamdulillah, kali ni bawa bb x susah mana Allah swt permudahkan urusan aku.

28weeks with super aktif bb..

skg ni aku dh tahu carta gerakan masa bb. 1/2 jam lps breakfast, mmg aktif sbb bb dpt mkn.. pastu lunch hour & lps maghrib. dannnnnn, yg paling xtif sewaktu sebeum masuk subuh. masa tu pelbagai aksi sepakan, tumbukan dpt aku rasa sampai senget benget perut, bgoyang bdn aku. masa ni, laki aku tgh tdo pon aku amik tgn dia ltk atas perut. rasakan tendangan anakmu ini. boleh tergelak dia dlm tdo, pas dh puas menikmati tendangan n tumbukan aku pon bangun mandi n mencari makanan alas perut. baru la aku buat kecoh dlm rumah supaya peghuni2 bangun solat subuh  & bersiap ke sekolah n tempat kerja. sejak anak2 masuk sekolah semula ni, aku rasa terlalu penat dgn bw perut lg. mana x , bangun kul 5pagi buat breakfast siapkn pakaian sekolah ank2, azan subuh je cepat2 mandi n solat, kejut ank2 bangun je makan ‘tahun’, lps dorg mandi siap2kan pakai baju sekolah. kul 7pagi papa htr kakak ke sekolah. si debab aku htr sekali keluar ke pejabat. smp tpt kerja je dh letih badan. nsb baik la aku kerja wkt pejabat. kerja pon yg ringan2 je. ptg plak kakak KAFA kat kpg pandan. terima kasih buat suami krn byk bantu mama uruskan ank2 sekola. trm kasih juga byk bantu mama urus rumah, belikan apa shj yg mama nak mkn.

7 anak

ok la, setakat ni shj n3 kali ni. panjang berjela. semua utk tatapan aku & anak2  di kemudian hari, mana laaaaa tau aku pendek umur. ketahuilah, PAPA KAKAK ABANG N ADIK adalah permata buat mama. jika 1 hari nanti mama dah  xdek, sedekahkan ayat2 suci AlQuran buat bekalan mama di sana juga nanti.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s